June 21, 2011

karma II

nampak tak? dah nampak ke belum? yang bumi ni bulat bentuknya, dan ia berputar. dan jadinya yang berada di atas akan di bawah, dan yang di bawah akan ke atas. bila kita enak membuang yang kita tak nampak nilai harganya, tiba-tiba pergi pula yang kita terlalu bergantung keatasnya. dah rasa? belum lagi, tapi waktu itu akan tiba juga, jangan risau. sebab kita tidak akan dapat lari dari merasa kejatuhan dalam hidup. baru dapat tahu apa erti sakit. dari kanan keluar ke kiri, nasihat-nasihat berlalu begitu sahaja. tak apa, tak apa, tanggungjawab tetap tanggungjawab, yang tidak terlaksana itu yang perlu diberi perhatian. susah nak faham? menara gading lagi susah nak gapai.

tersirat lebih dari tersurat

0 thoughts:

Post a Comment